Sejarah menjaga keselamatan perairan negara.Oleh itu, esei ini

Sejarah telah
membuktikan bahawa peranan lautan yang begitu signifikan kepada manusia bahkan
kepada sesebuah negara ataupun kerajaan. Melalui lautan,wujud
kerajaan-kerajaan maritim yang unggul sehingga membawa kepada perhubungan
dengan negara-negara maritim yang lain. Laut sering dikatakansebagai penyatu
dan bukan sebagai pemisah. Laut, secara tradisinya, adalah sumber inspirasi
bagi menyatukan perhubungan di antara negara, membentuk semangat bersatu,
saling memahami dan bersatu-padu, serta menjana kekayaan.

 

            Namun dewasa ini kita dapat melihat
kepentingan lautan ini dapat di lihat daripelbagai dimensi dan antara dimensi
tersebut adalah ekonomi, sosio-politik, dan kestrategikannya. Akibat daripada
kepentingan lautan ini, negara-negara maritim diseluruh dunia mula
berlumba-lumba meluaskan wilayah dan menuntut hak kedaulatan ke atas kawasan
yang didakwa milik mereka. Perlumbaan ini telah membawa kepada konflik
pertindihan wilayah antara negara yang terlibat. Hal initelah mendorong
negara-negara maritim untuk bergantung dengan angkatan laut yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan perairan negara.Oleh itu, esei ini
akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai peranan Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara
khususnya di kawasan Spratly Island.
Untuk itu, penulisan ini akan membincangkan sedikit sebanyak berkaitan definisi
keselamatan maritim, latar belakang Kepulauan Spratly dan akan memberi fokus
kepada peranan TLDM itusendiri dengan melihat dari sudut strategi yang
digunakan dan cabaran yang dihadapi berkaitan dengan isu Spratly Island.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Keselamatan
merujuk kepada ketiadaan ancaman terhadap sesebuah entiti dalam konteks
sesebuah negara. Ketika era perang dingin, kita dapat melihat aktor seperti
negara dan juga isu militer mendominasi agenda sarjana dalam bidang keselamatan.
Pada waktu itu, banyak kajian yang dibuat merujuk terus kepada persaingan
kuasa-kuasa yang melibatkan penggunaan senjata nuklear dan yang paling ketara
persaingan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union. Hal ini sangat signifikan
kerana ia melibatkan ancaman keselamatan. Namun dalam era pasca perang dingin,
kita dapat melihat keselamatan bukan sahaja melibatkan negara dan militer
semata-mata. Malahan isu-isu lain turut menjadi ancaman kepada keselamatan
antaranya isu ekonomi, alam sekitar, masyarakat, sosial bahkan politik seperti
yang ditegaskan oleh Barry Buzan.Selain itu, Ayob turut memberikan pandangan
dalam konteks keselamatan dunia ketiga termasuklah Malaysia. Keselamatan tidak
dapat lari dengan melihat keselamatan daripada kacamata elit negara. Dengan
kata lain, keselamatan sebenarnya ditentukan dan di definisikan oleh golongan
elit ataupun pihak pemerintah. Ianya akan menjadi isu keselamatan dengan
melihat bagaimana negara bertindak ke atas sesuatu isu tersebut sama
ada ia isu keselamatan atau tidak.Berbicara mengenai isu keselamatan maritim,
kita dapat melihat isu keselamatan dibincangkan melalui dua elemen iaitu Traditional Security & Non-Traditional
Security.

 

Namun,
apabila melihat isu-isu keselamatan yang melibatkan maritim, kita bukan sahaja
melihat penglibatan negara dan juga militer, malahan isu-isu lain yang
dikatakan sebagai Non-Traditional
Security seperti isu perlanunan, pemerdagangan manusia, penyeludupan,
pendatang tanpa izin, dan isu-isu lain jugakian membimbangkan. Isu-isu ini
semakin berleluasa dan pihak yang bertanggung jawab terpaksa berusaha untuk menghalang ancaman keselamatan
yang disebabkan oleh isu-isu Non-Traditional
Security ini.

 

Perbincangan mengenai
isu-isu keselamatan maritim semakin menjadi perhatian pada hari
ini khususnya melibatkan sempadan maritim. Pengisytiharan ZonEkonomi
Eksklusif (ZEE) dan Zon Pelantar Benua melalui Peta Baru Malaysia 1979, tidak
disenangi oleh negara-negara jiran bahkan negara-negara lain yang berjauhan.  Negara pertama yang membuat bantahan ialah
Indonesia iaitu pada bulan Februari1980 mengenai Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan yang didakwa miliknya.  Pada bulan
Mac 1980, Filipina pula membantah mengenai kawasan Spratly Island yang didakwa miliknya.  Pada bulan April 1980, Singapura pula
membantahmengenai Pulau Batu Putih dan pada bulan berikutnya, Republik Rakyat
China pula membantah mengenai Spratly
Island. Bantahan seterusnya juga diterima dari Britain bagi pihak Brunei
dan Vietnam.  Terkini, wujud pula
tuntutan bertindih terhadap kawasan konsesi minyak di zon Ambalat yang hampir-hampir
mencetuskan peperangan antara Malaysia dan Indonesia.

 

Masalah
sempadan dan tuntutanbertindih antara negara jiran sehingga kini
masih menjadi isu yang sensitif dan masih belum menemui jalan penyelesaian
khususnya di Perairan Spratly Island.  Masalah pertindihan dan tuntutan wilayah
daripada negara jiran dan juga kuasa besar seperti China menjadi cabaran kepada
negara kita.  Tuntutan bertindih sempadan
maritim ini terpaksa kita hadapi khususnya di kawasan Selat Melaka, Laut Sulawesi
dan yang paling penting di Perairan Spratly
Island.  Akibat daripada masalah ini,
pelbagai tindakan dan strategi yang dilakukan oleh negara-negara yang terlibat
bagi mempertahankan kedaulatan dan menjaga keselamatan perairan negara
masing-masing.  Rentetan daripada itu,
negara kita turut mengambil pelbagai tindakan demi menjamin keamanan dan
keselamatan perairan negara khususnya di Spratly Island dan tanggungjawab ini digalas oleh TLDM.  Peranan TLDM dalam isu sebegini amat penting,
lebih-lebih lagi ianya melibatkan kawasan yang dipercayai kaya dengan bahan
mentah dan hasil buminya.

 

Kepulauan
Spratly ataupun Nansha Island merupakan kepulauan yang terbesar daripada
empat gugusan pulau-pulau di Laut China Selatan. Lokasinya terletak di sebelah
barat, di mana Filipina terletak di sebelah timur dan Malaysia,Singapura,
Brunei dan Indonesia di sebelah selatan. 
Spratly Island terletak
diantara 40 dan 11030 ‘latitud dan
109030’ dan 1170 longitud 50 ‘di sepanjang luas Laut China Selatan dan tersebar
ke seluruh laluan laut paling sibuk dunia.  Kumpulan pulau ini terdiri daripada lebih
kurang 100 kumpulan pulau kecil, terumbu karang dan beting pasir dengan hanya
boleh dilihat semasa keadaan air laut surut. Perairan disekitar pulau ini
termasuk dalam kawasan penangkapan ikan, phosphate deposits,
dan berpotensi kaya dengan gas asli dan minyak. 
Kepulauan yang dianggap sebagai Terra Nullius (tidak dimiliki oleh
sesiapa) telah menyebabkan enam buah negara iaitu China, Taiwan, Vietnam,
Filipina, Brunei dan Malaysia berlumba-lumba untuk menuntut hak kedaulatan.  Spratly
Island dituntut secara sepenuhnya oleh China, Taiwan, Vietnam, manakala
Filipina, Brunei dan Malaysia menuntut 12 pulau yang terletak di bahagian
Selatan Kepulauan tersebut.  Antara yang
dituntut termasuklah Terumbu (Pulau) Layang-Layang,Terumbu Ubi, Terumbu
Mantanani, Terumbu Peninjau dan Pulau Kecil Amboyan.

 

Selain
daripada kedudukannya yang strategik dan sangat penting kepada sistem
perhubungan laluan lautan, Spratly Island
 juga mempunyai nilai ekonomi yang sangat
tinggi khususnya bahan galian seperti minyak dan gas asli. Kelebihandan
kepentingan yang ada di Spratly Island
ini telah mendorong Malaysia melibatkan diri dalam menuntut dan menduduki pulau
ataupun terumbu di Kepulauan tersebut.  Namun penglibatan Malaysia dalam sengketa di Spratly Island boleh dikatakan agak
lewat. Malaysia terlibat dalam tuntutan dan perebutan di Spratly Island hanya pada tahun 1979 ketika pihak kerajaan Malaysia
mengeluarkan Peta Baru Malaysia  Dalam
Peta Baru ini, bahagian Selatan Spratly
Island termasuk dalam kedaulatan Malaysia berdasarkan ZEE.  Setelah kerajaan Malaysia mengeluarkan Peta
Baru tersebut, tindakan awal yang dibuat oleh Malaysia adalah menduduki Pulau
ataupun terumbu yang termasuk dalam kedaulatan Malaysia dengan menghantar
sekumpulan pasukan militer. Selain daripada menduduki terumbu, pihak kerajaan
turut membangunkan kawasan yang dipercayai berpotensi untuk dijadikan tempat
untuk melancong. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan kerajaan membangunkan Terumbu Layang-Layang
menjadi sebuahPulau buatan di mana terdapat sebuah resort di Pulau tersebut
selain Kubu Pertahanan TLDM. Pulau Layang-Layang merupakan pulau yang amat
sesuai untuk dibangunkan bagi aktiviti rekreasi khususnya aktiviti menyelam
bagi penggemar Scuba Diving Tindakan
ini boleh dikatakan seperti “Serampang duaMata” yang mana penceroboh tidak akan
terus membuat serangan ke atas Pulau tersebut kerana wujudnya tempat
pelancongan yang dikunjungi oleh masyarakat dari dalam dan luar negara.  Tindakan ini juga selari dengan prinsip Effective Occupation dalam Undang-Undang
Antarabangsa.  Melalui pentadbiran yang
berterusan di Pulau tersebut, negara kita mempunyai kekuatan jika isu ini
dibawa ke pengadilan antarabangsa.  Oleh
itu, tindakan negara membangunkan pulau dan terumbu yang termasuk dalam
kedaulatan negara kita merupakan salah satu alternatif untuk mempertahankan
kawasan tersebut.  Keselamatan perairan
negara adalah terletak pada bahu anggota keselamatan negara secara amnya
khususnya TLDM.   Melalui tugas dan
tanggung jawab ini, anggota TLDM terpaksa berkorban demi memastikan kedaulatan
perairan negara terpelihara dan tidak diceroboh oleh oranglain. Dalam konteks
keselamatan di Perairan Spratly, TLDM
telah melakukan pelbagai strategi bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan
negara sentiasa terpelihara. Antara strategi yang diambil yang pertama adalah
menghantar AnggotaTLDM menduduki Pulau-Pulau dan terumbu yang termasuk dalam
kedaulatan Negara, yang kedua membangunkan alatan tentera dengan menambah
aset-aset TLDM, ketiga menjalankan latihan ketenteraan yang konprihensif dan
yang keempat melakukan kerjasama dengan agensi lain bagi menjaga perairan
negara.

 

Berdasarkan
ZEE dan Peta Baru Malaysia yang telah dikeluarkan pada 1979,12 buah pulau dan
terumbu di kawasan Perairan Spratly
adalah termasuk dalamkedaulatan negara kita.  Enam telah kita duduki dan enam lagi masih
dalam tuntutan.  Daripada 6 terumbu ini, 5
daripadanya telah dibangunkan dengan membina kubuper tahanan.  Oleh itu, pihak kerajaan yang pada waktu itu
dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad, telah mengarahkan agar sekumpulan militer perlu dihantar ke Pulau dan
Terumbu di Kawasan Spratly yang
termasuk dalam kedaulatan negara bagi menjaga dan mengawasi kawasan perairan
milik negara.  Pembinaan kubu pertahanan
negara yang pertama adalah di Terumbu Layang-Layang pada tahun 1983 yang
dikenali sebagai Stesen Lima. Pasukan KhasLaut (PASKAL) merupakan pasukan yang
pertama ditempatkan di Terumbu Layang-Layang ini iaitu pada Mei 1983.  Jarak Stesen Lima ini daripada Kota Kinabalu
kira-kira 300km.   Manakala kubu
pertahanan negara yang kedua diletakkan di atasTerumbu Ubi yang dikenali
sebagai Stesen Uniform dan mula beroperasi pada Mei tahun 1986.  Pada tahun yang sama juga, kubu pertahanan
negara yang ketiga turut dibina dan diletakkan di atas Terumbu Mantanani. Kubu
pertahanan ini dikenali sebagai Stesen Mike dan dirasmikan pada September 1986.  Kepentingan perairan Spratly begitu jelas sekali apabila pihak kerajaan terus membina
dua lagi kubu pertahanan negara pada tahun 1999. Kubu pertahanan ini diletakan
di atas Terumbu Peninjau dan Terumbu Siput (Erica Reef) pada bulan Mei1999.  Kubu pertahanan ini dikenali sebagai Stesen
Papa dan Stesen Sierra. Peranan utama kelima-lima kubu pertahanan ini adalah
memelihara kedaulatan, keselamatan perairan dan penempatan dari sebarang
ancaman dan pencerobohan pihak musuh. Kawasan perairan yang ditempatkan Kubu
Pertahanan Negara ini juga turut dikenali sebagai Gugusan Semarang Peninjau
(GSP) oleh pihak TLDM.  Jelaslah peranan
TLDM dalam menjaga perairan melalui penugasan yang diberikan dengan menduduki
GSP merupakan tanggungjawab yang sangat penting dan memerlukan pengorbanan yang
sangat besar.  Oleh itu, kita dapat
melihat bahawaTLDM sebenarnya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat
besar kepadanegara.  Mereka bukan sahaja
menjaga kedaulatan dan kepentingan negara dari di ceroboh oleh musuh, tetapi
mereka perlu berkorban di tengah-tengah samudera yang luas dan terpaksa
meninggalkan kelurga bagi memenuhi tuntutan tugas yang digalas. 

 

Pembangunan
dan pemodenan ketenteraan amat penting seiring dengan perkembangan teknologi dalam
arus globalisasi kini.  Dalam konteks
TLDM, senjata dan aset-aset TLDM perlu dipantau dan dibangunkan dari semasa ke
semasa.  Halini kian penting khususnya
melibatkan tuntutan bertindih kawasan perairan di Kepulauan Spratly. Pemodenan TLDM Bermula dengan
perolehan dua buah Korvet Kelas Kesturi pada tahun 1983/84 iaitu KD Kasturi dan
KD Lekir. Seterusnya negara terus mengorak langkah dengan membeli 4 buah Korvet
Kelas Laksamana daripada Itali.  Diikuti
pula dengan penyerahan dua buah Frigat Kelas Lekiu pada tahun 1994/95 yang
dibina di Scotstoun, Glasgow. Kapal ini mempunyai senjata peluru berpandu
permukaan ke permukaan dan peluru berpandu anti udara sea wolf system lancer tegak (VLS). Kapal bagi kelas ini juga
berupaya membawa dan menyokong operasi sebuah helicopter Super Lynx 300.  Pemodenan diteruskan lagi melalui Perancangan
TLDM dalam membangunkan Kapal Ronda Generasi Baru NGPV

(New Generation Patrol
Vessel) dan perancangan ini berjalan lancar dengan melihat kapal rondaan NGPV
yang negara kita ada pada hari ini sebanyak 6 buah daripada 27 unit yang
dirancang iaitu KD Kedah, KD Pahang, KD Perak, KD Terengganu, KD Kelantan dan
KD Selangor.  Kapal Kelas Kedah ini
dilengkapi senjata ringan meriam Oto Melara 72/62 dan Oto Melara 30mm.  Pemodenan dan pembangunan yang paling jelas
melalui tindakan negara mewujudkan angkatan kapal selam dengan termeterainya
kontrak pada tahun 2002 antara Kerajaan Malaysia dan pembuat kapal Perancis,
Armaris (dahulunya DCN) dan rakan kongsi Sepanyolnya, Kumpulan Navantia (dahulunya
IZAR).  Dua buah kapal selam ini dikenali
sebagai KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak dalam kelas Perdana Menteri.  Kedua-dua kapal selam ini diserahkan kepada
negara pada awal dan akhir tahun 2009. Kini kapal selam ini diletakkan di
Markas Wilayah Laut 2 iaitu di Pangkalan Tentera Kota Kinabalu. 

Pemodenan
dan pembangunan ketenteraan negara, bukan hanya memberikan fokus kepada
asset-aset TLDM sahaja. Latihan ketenteraan turut tidak dilupakan dan ianya
amat penting bagi memastikan kesiap siagaan anggota menghadapi sebarang ancaman
dan juga peperangan.  Oleh itu, pelbagai
usaha telah dilakukan agar anggota sentiasa bersedia tidak kira masa dan
tempat.   Antara strategi  yang TLDM
 lakukan  adalah menetapkan tempoh perkhidmatan anggota dan
pemberian pengkhususan tugas ataupun kepakaran. 
Penetapan ini melibatkan tempoh seseorang anggota tersebut bertugas
disesebuah tempat dan akan dipindahkan setelah tempoh yang ditetapkan iaitu
tidak melebihi 3 tahun kecuali atas sebab-sebab tertentu.  Strategi ini juga boleh dikatakan sebagai
Rotation System di mana anggota akan
berkhidmat di kapal dalam tempoh tertentu selepas itu akan dipindahkan ke
unit-unit tertentu di Markas.  Setelah
sampai tempoh tertentu, anggota tersebut akan dipindahkan ke tempat lain contohnya
dihantar ke Pulau.  Setelah sampai tempoh
perkhidmatan di Pulau, anggota tersebut akan dibawa semula ke Kapal dan akan
menjalankan tugas di kapal.  Namun, Perpindahan ini adalah berdasarkan
kepakaran yang dimiliki anggota tersebut. Sistem ini akan berterusan sehingga
sampai tempoh tamat perkhidmatan seseorang anggota tersebut.  

 

Melalui
strategi ini, anggota TLDM akan sentiasa mahir dan cekap dalam menjalankan
tanggungjawab mereka tidak kira di mana sahaja mereka diperlukan.  Selain strategi melalui Rotation System, latihan yang konprihensif juga amat diperlukan
bagi menjamin kesiap siagaan anggota TLDM menghadapi pelbagai ancaman.   Dalam konteks Perairan Sabah, latihan
yang diwujudkan dikenali sebagai Borneo-War
ataupun Peperangan Borneo. Latihan ini akan dilakukan setiap bulan sekurang-kurangnya
sebulan sekali dan latihan ini akan melibatkan kapal-kapal TLDM. Latihan
Peperangan Borneo ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapananggota
TLDM dan persediaan bagi menghadapi ancaman peperangan. Bagi memperkasakan
lagi kerja sama antara perkhidmatan tentera, TLDM turut melakukan latihan
bersama dengan Tentera Darat Malaysia (TDM).  Pada tahun2013, salah satu eksesais telah
dilakukan yang menggabungkan TLDM dan TDM. 
Eksesais ini dikenali sebagai EX-BELANGKAS di mana ianya dilaksanakan
secara tahunan yang dihoskan secara bergilir-gilir antara TLDM dan
TDM.  Kerjasama dalam latihan mampu meningkatkan lagi sistem perhubungan
antara kedua-duaperkhidmatan dalam menghadapi ancaman.

 

Selain
itu, kerjasama dua hala antara negara juga turut dijalankan oleh TLDM melalui
operasi dan latihan dua hala dengan beberapa negara seperti dalam Perjanjian
Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan juga kerjasama dengan Tentera Laut
China.  Bukan itu sahaja, pihak TLDM juga
turut menjalankan operasi rondaan diperairan Sabah.  Operasi rondaan ini kerap dijalankan bagi
memastikan perairan negara sentiasa terjaga. Untuk operasi rondaan di perairan
sabah, terdapat 5 jenis operasi yang dilaksanakan iaitu OP WIRA, OP SINAR
SAKTI, OP PASIR, OP DAULAT dan Trilateral
Maritime Patrol (TMP). OP WIRA merupakan operasi rondaan dikawasan Beting
Petinggi Ali, manakala OP SINAR SAKTI merupakan rondaan dikawasan Spratly Island.  Bagi OP PASIR, ianya melibatkan operasi rondaan
di kawasan Pulau Padanan sehingga Pulau Sipadan dan OP DAULAT pula melibatkan
rondaan dikawasan Pantai Timur Sabah.  Operasi rondaan ini dijalankan setiap masa di
mana jadual rondaan akan dikeluarkan dan melibatkan sebuah kapal setiap minggu
akan bertugas menjalankan rondaan.  

 

Jelaslah
bahawa peranan TLDM dalam menjaga perairan negara begitu penting sekali kerana
ancaman daripada lautan kian membimbangkan khususnya melibatkan kawasan
pertindihan wilayah.  Usaha menjaga dan
mengawasi kawasan perairan negara merupakan tanggungjawab yang sangat penting
demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara daripada
diceroboh oleh orang luar. Namun usaha ini juga turut berhadapan
dengan pelbagai cabaran, tidak kira cabaran dari dalam mahupun luar
negara. Bahkan ancaman seperti Non-Traditional
Security juga kian membimbangkan.  Contoh yang mudah yang dapat kita lihat adalah
isu di Lahad Datu yang berlaku pada bulan April tahun 2013.  Pada awalnya, ancaman yang wujud bukanlah
melibatkanTraditional Security kerana kemasukan penceroboh tersebut bukan
melibatkan golongan militer.  Selain itu,
kita turut berhadapan dengan ancaman Non-Traditional Security melalui isu
pendatang tanpa izin,  penyeludupan
barang dan pemerdagangan manusia.  Ancaman seperti ini kian membimbangkan
khususnya dikawasan PantaiTimur Sabah malah yang lebih parah lagi, penduduk
tempatan negara kita juga turut terlibat dalam menjalankan aktiviti haram ini.  Aktiviti sebegini jelas berlaku melalui laluan
laut.  

Ancaman
sebegini turut menjadi cabaran kepada negara dalam menanganinya.  Namun, kerajaan telah menetapkan tugas dan
tanggung jawab bagi setiap pasukan yang menjaga keselamatan dan keamanan
negara.  Ancaman seperti ini akan
ditangani oleh Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM).  Tidak dilupakan juga TLDM yang turut membantu
dalam menangani ancaman seperti ini dengan menjalankan rondaan dan akan
melaporkan kepada APMM dan Polis Marin jika mendapati aktiviti
seperti ini berlaku di kawasan rondaan. 
Selain agensi-agensi ini, terdapat jabatan-jabatan lain yang membantu
dalam menjaga perairan negara, salah satu contoh yang dapat kita lihat ialah
Jabatan Perikanan yang mengawal penangkapan ikan secara haram. 

 

Walaubagaimanapun,
cabaran besar yang digalas oleh TLDM dalam menjaga dan mengawasi kawasan
perairan negara adalah berhadapan dengankuasa-kuasa luar. Usaha mempertahankan
perairan negara amat penting lebih-lebih lagi melibatkan kawasan Spratly Island yang menjadi isu tuntutan
bertindih dengan 5 negara lain. Cabaran besar yang dihadapi oleh pejuang negara
yang menjaga dan mengawasi Perairan Spratly
adalah kuasa besar seperti China.  NegaraChina merupakan salah satu
negara yang menuntut kawasan Laut China Selatan sebagai kawasan kedaulatan
negara tersebut.  China kian mengorak langkah
dalam pembangunan dan pemodenan ketenteraannya khususnya kekuatan tentera laut.
 Hal ini semakin membimbangkan apabila
kita melihat pemodenan dan pembangunan ketenteraan yang China lakukan adalah
lebih memberi fokus kepada pembangunan pelabuhan Sanya, WilayahHainan.
Pelabuhan ini merupakan pelabuhan yang paling hampir dengan kawasan Laut China
Selatan.  Matlamat China jelas dapat
dilihat di sini adalah untuk persediaan terhadap pelbagai ancaman yang bakal
berlaku terhadap tuntutan yang dibuat ke atas Laut China Selatan.

 

Pembangunan
armada laut serta pelayaran oleh Kapal Induk Liaoning yang dilakukan oleh
negara ini di kawasan Laut China Selatan semakin membimbangkan negara ASEAN
(Association Of South East Asia Nations) lain yang turut menuntut kawasan Spratly bahkan tindakan China ini juga
menjadi perhatian oleh kuasa besar yang lain seperti Amerika Syarikat dan
Jepun.  Walaupun China menyatakan
tindakan pelayaran ke Laut China Selatan merupakan salah satu bentuk latihan
bagi kapal induknya, namun tindakan ini tetap membimbangkan negara-negara lain
yang menuntut kawasan Laut China Selatan. 
Selain China, kita juga menghadapi cabaran daripada negara-negara
lainyang turut membuat tuntutan ke atas Laut China Selatan seperti Taiwan,
Vietnam,Filipina dan Brunei.  Negara-negara yang terlibat dalam menuntut
kawasan perairan spratly turut
meningkatkan kawalan keselamatan dan memperkuatkan lagi angkatantentera
lautnya. Hal ini turut membimbangkan negara bahkan tanggung jawabanggota TLDM
yang bertugas sebagai “Mata dan Telinga” negara di GSP juga semakin penting.  Tambahan lagi, negara-negara ini merupakan
negara jiran bagi Malaysia yang banyak membuat hubungan dalam aspek Politik dan
Ekonomi negara.  Isu Spratly merupakan isu yang amat sensitif sehingga terdapat
pihak-pihak tertentu mengatakan isu Spratly
merupakan satu bentuk perang dingin yang baru. Jelaslah kepentingan lautan
merupakan khazanah yang begitu berharga sehingga negara-negara di dunia
berlumba-lumba untuk menguasai lautan. Selain kepentingan kepada Geostrategik,
lautan juga banyak menyumbang kepadaEkonomi negara. Oleh itu, Peranan dan
tanggungjawab anggota TLDM dalam menjaga perairan negara amat penting.  Masyarakat perlu membuka mata dan mengubah
persepsi bahawa TLDM tidak menjalankan tugas dan tidak membuat latihan.  Ramai masyarakat tidak mengetahui wujudnya
pangkalan pertahanan ditengah-tengah samudera yang didiami oleh anggota TLDM.
Pengorbanan mereka bukan sahaja untuk negara, malah mereka juga terpaksa
meninggalkan ahli keluargadan sanak saudara demi menjaga perairan negara
daripada diceroboh.

BACK TO TOP
x

Hi!
I'm Nicholas!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out