2.2.5 2.1: Perkaitan antara objektif pengajaran, aktiviti pengajaran

 2.2.5        Implikasi Terhadap Kajian   Daripada kajian yang dijalankan didapati sistem penilaian meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat mewujudkan generasi yang berilmu pengetahuan. Pelaksanaan proses penilaian yang sistematik sudah pastinya akan menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia. Penilaian yang sempurna dapat membantu murid dan guru untuk menangani masalah pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenal pasti pada pringkat awal.   Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid, maka adalah memadai penilaian yang dilaksanakan sebagai suatu maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid (Abdul Rahim, Abdul Abdul Ghafar & Mohamad 1992). Penilaian secara umumnya dapat membantu guru dalam beberapa keadaan. Kebanyakan model pengajaran melibatkan tiga elemen penting iaitu objektif pengajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan penilaian.                 Rajab 2.1: Perkaitan antara objektif pengajaran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan penilaian   Melalui rajah tersebut kita dibuktikan bahawa, setiap proses pengajaran dan pembelajaran telah terdiri daripada objektif, aktiviti dan penilaian. Ia saling bergantung antara satu sama lain. Justeru, proses penilaian menjadi penentuan terhadap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.     2.3  Taksonomi Bloom   Taksonomi Bloom adalah satu model yang biasa digunakan dalam system Pendidikan khususnya dalam bahagian penilaian. Hal ini membantu seseorang guru untuk menganalisis bidang-bidang Pendidikan. Ia juga berkaitan dengan objektif Pendidikan yang merangkumi seperti kognitif, afektif dan psikomotor. Pemikiran murid dimana menekankan aspek intelektual adalah boleh dikategorikan sebagai domain kogitif. Ia boleh dikaitkan dengan pengertian, pengetahuan dan ketrampilan berfikir seseorang murid. Seterusnya ialah domain afektik. Domain afektif menunjukkan perubahan yang berkaitan dengan sikap, emosi, perasaan murid. Domain psikomotor pula melibatkan perkembangan dari segi fizikal para murid. Benjamin S. Bloom telah memperkenalkan taksonomi bloom pertama kali pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.               Taksonomi bloom ini memainkan peranan yang penting bagi menciptakan soalan berdasarkan kemampuan murid dan juga mengikut aras tertentu.                               HOT (Pemikiran Peringkat Tinggi)                                      LOT (Pemikiran Peringkat Rendah) Mengikut rajah di atas uruan ketrampilan berfikir telah ditunjukkan dari tahap yang rendah ke tahap yang tinggi. Ia juga boleh dikatakan sebagai suatu proses berfikir dari tingkat pemikiran rendah ke tingkat pemikiran tinggi. Sistem Pendidikan pada abad yang ke 21 ini kerap menggunakan pendekatan taksonomi bloom bagi menyediakan atau menggubal soalan untuk melaksanakan semasa penilaian. Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan dokumen-dokumen yang menerangkan kandungan pembelajaran baru yang lebih mengutamakan peringkat aras tinggi iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Terdapat enam bahagian dalam hierarki taksonomi bloom.   2.3.1        Aras Taksonomi Bloom   Aras yang paling rendah dalam hierarki taksonomi bloom ialah Pengetahuan. Melalui aras ini guru boleh mengukur sejauh mana kefahaman murid untuk mengingat kembali fakta yang telah dipelajari. Murid menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti prinsip, istilah. Aras yang kedua dinamakan sebagai Kefahaman. Dalam aras ini murid seharusnya memberi huraian atau makna bagi sesuatu perkara. Kebanyakkan soalan yang berkaitan dengan aras ini adalah seperti menunjukkan bukti kefahaman, membuat interprestasi mudah dan sebagainya. Jelaskan, huraikan, terangkan adalah antara perkataan yang yang digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini. Dalam hierarki taksonomi bloom aras ketiga dikenali sebagai aras aplikasi. Penggunaan konsep, prinsip, teori, hokum dan prosedur akan diuji melalui aras ini bagi para murid. Murid sepatutnya memahami segala konsep secara mendalam untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia melibatkan proses mental dan perkataan yang sering digunakan ialah susunkan, selesaikan dan tunjukkan. Aras analisis menjadi aras yang keempat dalam hierarki taksonomi bloom. Murid perlulah memecahkan sesuatu perkara kepada unsur kecil dan harus melihat pertalian antara satu sama lain. Pencarian bukti untuk menyokong unsur tersebut juga harus dijalankan oleh para murid. Aras ini juga telah menggunakan proses mental dan ia juga memerlukan pemahaman perhubungan dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaintan antaranya.   Sintesis merupakan aras yang kelima. Dalam aras ini murid harus mempunyai keupayaan bagi mencantumkan atau mengabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Misalnya, kebolehan murid untuk menulis dengan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran yang sedia ada. Aras ini juga memberi kebelohan membina set hugungan yang abstrak pada para murid. Aras yang kekenam dan paling tinggi ialah penilaian. Aras ini telah menguji kefahaman murid untuk menilai sesuatu perkara berdasarkan kriteria tertentu. Murid juga diberi peluang untuk membuat pertimbangan terhadap hasil kerja mereka. Contohnya perbandingan mengenai generaliasasi, teori-teori utama, dan isu mengenai sesuatu kebudayaan.   2.3.2        Implikasi Terhadap Kajian   Berdasarkan kajian literatur dijalankan, aras taksonomi bloom in memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan sesuatu penilaian yang berkesan untuk para murid. Penilaian yang mempunyai aras-aras taksonomi bloom ini menjadi satu penilaian yang berkesan dan dapat merangsang minda murid dari peringkat yang rendah ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap proses pengajaran dan pembelajaran harus merangkumi penilaian berasaskan taksonomi bloom supaya dapat meningkatkan pencapaian murid dan juga untuk mencapai objektif pengajaran.   2.4  Aplikasi Web 2.0   Web 2.0 diperkenalkan oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat iaitu O’Reilly Media Inc. Web 2.0 digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula isi kandungan dan sebagainya. Selain itu, kebanyakan penganalisis menyatakan bahawa Web 2.0 adalah satu alat yang mengalakkan penglibatan atas talian iaitu membolehkan pengguna melakukan interaksi sosial dan menghasilkan beberapa karya atau penulisan.   Teknologi Web 2.0 adalah sebahagian daripada alatan supaya guru dapat memanfaatkannya untuk merancang dan membantu pembelajaran pelajar. Memandangkan pengguna alatan rangkaian sosial terdiri daripada golongan muda, mereka pastinya telah mempunyai kepelbagaian pengalaman, kebiasaan, sikap dan harapan terhadap teknologi atas talian. Kebanyakan mereka menggunakan alatan tersebut di luar konteks bilik darjah dan bukan untuk tujuan pendidikan (Pempek, Yermolayeva & Calvert, 2010). Oleh itu, para pendidik perlu menyesuaikan model pedagogi jika hendak menggunakan alatan rangkaian sosial untuk pengajaran dan pembelajaran supaya dapat disesuaikan dengan generasi murid baru ini.   2.4.1        Konsep & Definisi Web 2.0   Web 2.0 mempunyai pelbagai definisi dan konsep secara umumnya. Web 2.0 asalnya dipetik daripada DiNucci (1999) yang kemudiannya diluaskan oleh Dougherty dan O’Reilly seperti yang dinyatakan dalam Dunlap dan Lowenthal (2011). Web 2.0 boleh dikatakan sebagai ‘read-write web’ iaitu pengguna sendiri berkuasa untuk mengawal data melalui penggunaan perkhidmatan interkatif ini. (Ajjan & Hartshorne 2008; Madden & Fox 2006; Maloney 2007; Murugesan 2007; Richardson 2009). Web 2.0 dianggap sebagai aplikasi atas talian yang senang dan mudaj digunakan bagi menjalankan pelbagai tugaan kepada semua pengguna yang menggunakannya. Simkins dan Schultz (2010)   Penggunaan teknologi aplikasi Web 2.0 yang semakin berleluasa membantu murid untuk membangunkan kandungan serta mencari maklumat dengan lebih mudah dan selesa dalam pembelajaran maya. Kewujudan teknologi Web 2.0 memberi peluang kepada penggunanya untuk memproses komunikasi dua hala dengan berkesan, pantas dan mudah, manakal Web 1.0 hanya digunakan untuk mencari dan menerima maklumat semata-mata. Pada era globalisasi ini, pengguna TMK dapat mempamer, berkongsi dan memperluaskan kreativiti mereka tanpa sebarang halangan.   2.4.2          Integrasi Aplikasi Web 2.0 dalam Proses Penilaian   Web 2.0 merupakan istilah yang menggambarkan aplikasi internet kolaboratif yang baru. Web 1.0 peringkat awal adalah static, berpusat, berasaskan kandungan, sedia dibaca, kaku dan bersifat individu. Sebaliknya, Web 2.0 adalah dinamik, tersebar, berasaskan perkhidmatan, sedia ditulis, bersatu tanpa terikat dari sosial. Perbezaan utama Web 1.0 dengan Web 2.0 adalah dari segi penglibatan pengguna lebih besar dalam membina dan menguruskan isi kandungan, yang mana ini menukar sifat dan nilai sesuatu maklumat (Sendall, Ceccucci & Peslak, 2008)               Penggunaan aplikasi Web 2.0 mampu menyokong pembentukan murid kreatif dan kolektif. Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan selalunya merupakan hasil daripa pengetahuan yang kolektif yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan uang terbaik. Pengetahuan yang dikongsi secara kolektif ini terus berkembang dan berubah hasil pertanyaan dan penambahbaikan berterusan Bersama-sama para penyumbangnya. Kreativiti, pemikiran aras tinggi dan pembinaan pengetahuan boleh digalakkan menerusi aplikasi, produksi dan penerbitan yang direka bentuk dengan baik (Nelson, 2009). Penilaian yang dijalankan melalui Web 2.0 akan menjadi lebih bermakna apabila murid berkecimpung dan melibatkan dengan aktif dan ia juga dapat membina pengetahuan mereka secara mendalam. Menurut Batchelder (2010), aktiviti-aktiviti melalui aplikasi Web 2.0 dalam proses penilaian menyediakn murid dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Murid dimotivasikan secara semulajadi melalui amalam pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Internet dan aplikasi Web 2.0 mampu memberi peluang kepada murid untuk mencari maklumat, mengumpul bahan mereka sendiri, berkomunikasi, membina makna dan menilai hasil akhir.               Murid dengan amalan pembelajaran terarah kendiri akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan aktif. Integrasi aplikasi Web 2.0 dalam penilaian yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Hal ini bukan membawa maksud kemahiran peting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara murid daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman murid. Pengalaman dan aktiviti melalui aplikasi Web 2.0 turut memberi pengetahuan baru kepada murid tentang sesuatu konsep berdasarkan aktiviti dan keinginan mencari maklumat yang berterusan. Contoh, antara aplikasi yang terbaik yang boleh dintegrasikan dalam proses penilaian ialah Kahoot, Plickers, Socrative, Quizzes, Hot Potato dan sebagainya.   2.4.3        Kelebihan Aplikasi Web 2.0   Penggunaan teknologi berasaskan Web 2.0 seperti Google Apps for Educations semakin meningkat jika dibandingkan dengan masa yang sebelum ini. Penggunaan aplikasi seperti ini merangkumi berbagai-bagai aspek seperti pendidikan, penyelidikan dan juga penerbitan. Artikal yang bertajuk ‘To use or not use web 2.0 in higher education’ yang diterbit oleh Gabriela (2009), merumuskan bahawa penggunaan aplikasi web 2.0 telah mengurangkan kos dalam pengajaran dan pembelajaran dan ia juga membantu untuk berkongsi pengalaman antara para guru mahupun dengan para murid. Seterusnya, Melalui aplikasi Web 2.0 juga guru atau murid cepat dan mudah mencapai maklumat tanpa apa jua batasan atau halangan dan tahap kesukaran penggunaan pun begitu rendah. Akhirnya, aplikasi Web 2.0 juga membantu untuk menghasilkan kandungan yang berbentuk digital.   2.4.4        Ciri-ciri Aplikasi Web 2.0   Aplikasi Web 2.0 ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menjadikan ia kerap digunakan oleh pengguna dalam bidang pendidikan, penyelidikan mahupun penerbitan. Seseorang guru haruslah mengetahui dan memahami ciri-ciri tersebut supaya dapat mengklasifikasikan aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar ataupun internet dan dapat mengunakan dalam proses pengajaran secara berkesan.               Aplikasi Web 2.0 ini mudah digunakan atau mudah diadaptasikan oleh para pengguna. Salah satu kelebihan evolusi teknologi ialah ia membenarkan seseorang untuk menulis kandungan mereka di web atau aplikasi tanpa mempunyai kemahiran tertentu (Maloney, 2007). Hal ini demikian kerana, apabila menggunakan aplikasi Web 2.0 ini, pengguna tidak memerlukan kemahiran spesifik seperti kemahiran teknikal yang tinggi. Selain itu, pengguna juga tidak memerlukan masa yang lama untuk menguasai aplikasi-aplikasi tersebut. Oleh itu, aplikasi ini dianggap sebagai mesra pengguna dan ia juga dapat menarik minat pengguna kerana pengguna hanya menfokuskan kepada aktiviti membangunkan maklumat dan kolabrasi tanpa gangguan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan teknologi yang sukar. Menurut pandangan Dunlap & Lowenthal (2011), aplikasi Web 2.0 membantu dalam aktiviti perkongsian. Melalui aktiviti ini ia dapat membantu meningkatkan kemahiran metakognitif murid. Hal ini demikian kerana, para murid harus membaca secara kritikal untuk menggunakan Web sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran sepanjang hayat. Amalan perkongsian juga membawa seseorang individu dalam komuniti untuk menyumbang apa jua pemikiran dan pengetahuan yang sedia ada pada diri sendiri kepada orang lain.               Aplikasi Web 2.0 juga membantu untuk mendapatkan maklum balas atau idea daripada orang lain dalam sekelip mata. Pengguna tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan maklumat tersebut. Ia juga memberi peluang kepada para pengguna supaya membuat kolabrasi dan komunikasi dua hala antara satu sama lain. Lantaran itu, kemudahan melayari internet boleh diperoleh dengan cepat dan mudah melalui aplikasi Web 2.0 kerana ia sangat fleksibel untuk bergerak secara mobil. Justeru, ia telah membenarkan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid telah merujuk kembali pembelajaran tanpa mengira masa dan tempat (Berger & Trexler 2010; Cavus & Kanbul 2010; Zuraidah 2011). Seterusnya, banyak kumpulan individu telah membangunkan aplikasi Web 2.0 dan menawarkan perkhidmatan inovatif ini dengan kadar percuma. Kebanyakkan aplikasi ini tidak perlu dibayar dan hanya memerlukan kemudahan internet sahaja (Murugesan, 2007). Berger & Trexler (2010), menyatakan bahawa perkhidmatan yang percuma dan menyeronokkan ini menjadikan aplikasi Web 2.0 sesuai untuk diintegrasikan di dalam system pendidikan.

BACK TO TOP
x

Hi!
I'm Nicholas!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out